Mostly about me and him.
This is hard for me.
Totally hard and I cant accept this situation.
Don't let the past hold you back, Let it be you standing ground, Because of the past, Today you're strong! ;DDDD 1001 Me, YANA
People do change...
Dan kesilapan tidak perlu diulang.
Menyesal dan terus menyesal.
Life goes on~
27th Nov 2010
Sangat menyakitkan .
Pandang depan, jangan toleh belakang.
Semua jadi ada hikmahnnya.
Kalau ada jodoh, tak kemana.
InsyaAllah.
Allah tak kan menduga kita lebih dari kemampuan.
Dan Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk hambaNya.
27th Nov 2010
Perit
Sakit
Amat pedih bila makin ku kejar makin jauh kau berlari
Aku bukan siapa-siapa .
Pergilah, terbanglah....
27th Nov 2010
Hari Selasa nanti, 30/11 InsyaAllah akan pulang semula ke PD.
Hah, I dapat dok kat KAMSIS oke . (Bangga?)
Oh, bersyukur sangat2 lah .
Si daus la yang baik hati pergi check kan, aku tak suruh pon .
Wah, mekasih lah yer daus . ;)
Lepas dia text bagitahu aku, aku terus check kat Laman Web Poli .
Sah, nama aku tertera, terpampang !
Sukanyaaa tahap 7 petala langit .. ;)
Oke, sila ucap TAHNIAH yer .
Syukur sangat2 sebab tak payah nak merempat kat memana nanti sementara nak buat rayuan misal kata aku kena buat permohonan semula nak dudok asrama kan.
Oke, sem baru dan azam pon baru !
Tanak malas2 lagik masa macam sem 2 .
Sem yang penuh dengan kemalasan dan kegemukan ! Tiheee .. ;)
Part 4 , can't wait lah . Tak sabar nak habis pon iyer jugakkk !!
24th Nov 2010
Baru je dapat mesej dari cikgu driving aku.
What can I say? Hari nihh memang letih oke ! Dari pagi keluar then pukul 8 lebih tadi baru sampai rumah . Oh, please I need rest lah. Tapi macam banyak komitmen lain pulak. Nak berfacebooking, blog walking, comment entry kat belog orangg .. Hikhikhik ..
Nak tawu aku kuar pergi mana? Hah, nanti aku cerita oke kemana aku pergi dan dimana telah aku jelajah .
Next entry nanti tau ! Sebab macam panjang ceritanya dan ada yang buat hati aku panas jer tadi oke . Isshhkkk.. sabarr jela . Okelah, i janji nanti i cerita kat u ollss, sebab nak letak gamba sekali . Baru syiioookkkk bukan? Hhaha .. ;DD
Oke, byeee i nak gy bertukangg kat dapuurr . Milo AIS satuuuuhhh ! ;))
Oh dahaganyaa ..
22nd Nov 2010
Hiduplah untuk mengerti.
Hah, saper yang ada skype? Aku ada ! Dah lama buat tapi semalam baru nak menggedik ajak orang ramai add aku . Ada yang sanggup donlodd untuk di terterakan di laman desktop laptop dorang . Wahh, terpamer kasih sayang dan pengorbanan buat aku di situ . Terasa diriku begitu berharga! Cewwwwahhh ..
Skype nih lebih kurang macam YM . Tapi kat Skype takde buzz2 yer. So, kalau aku lambat reply para peminat yang sedang ber Skyping dengan aku dikehendaki bersabar yer sayang-sayangg .. ;)) Entah, lately aku tertarik lah dengan Skype. Gila ketinggalan aku nihh kan? Maybe sebab sound2 dye menarik minat aku kot.
(Gila tak logikk!)
Okelah, u ollss yang ada Skype, selamat ber Skyping yer ! Ajak mak ayah tok lang nek su Skype sama . Hahaha..
p/S : Aku dah lapar . Nak bekpesssss pelissss tapi tak mandi lagikkkk !
Ah, gosok gigi sudah memadai. Macam lah tak biasa buat kan . ;))
21st Nov 2010
Hahahahaha this is what we called, UNEXPECTED! Tetiba je semalam aku telah dijadikan pilihan atau lebih tepat insan terpilih yang diamanahkan menjaga rahsia beliau.Rahsia yang sangat private pada dia. Yeker?? ;)) Dan seseorang yang aku rapat ke?! Agak rapat lah lately nihh. Mengundang rasa teruja kot ! Tetiba kami janji nak berahsia rahsia nihh .. Hahaha. Rahsia ape dan siapa, adalah rahsia. Tempat kejadian termetrai rahsia tersebut juga perlu dirahsiakan yer.. Sebab dah janji rahsia nihh tak boleh publish kat blog. Heheheheehe tima kasih yer sebab share rahsia dengan saya.
Janji taw nihh adalah rahsia kita berdua je!
Btw, dah lama tak berahsia dengan org. Rasa best! weeee~
21st Nov 2010
Meh aku nak story ini hari punya cerita . Awal pagi dah bangun . Wahh, macam nak pergi kerja pulak. Lepas dah bangun, buat apa-apa yang patut then aku sambung tidur semula. Oh, heaven giler ! Tido lama, tiada sebarang gangguan dan penganiayaan ke atas diri aku . ;DD
Langkah semakin jauh meninggalkan tapak di mana aku mula belajar untuk berdiri menggunakan kaki sendiri. Hari2 yang dilalui terasa semakin sejuk dan dinginnya menggigit tulang hingga aku xterdaya lagi merasai kehangatan yang dulunya mencengkam sanubari. Kehilangan arah tujuan membuatkan aku hanyut dalam mencari jalan yang benar...yang dulunya depan mata tapi kini lenyap di bawa arus masa. Tika yang mengulit aku bersama senyuman kebahgiaan semakin luntur seolah2 ia berlari meninggalkan aku tanpa sekulamit perasaan lagi terhadap aku...
Aku menerima seadanya insan2 sekelilingku tanpa sedikit perasaan prejudis hatta prasangka buruk agar tiada dunia hipokrasi di sekelilingku...Dalam kepasrahan aku berharap segalanya berjalan tanpa tersungkur, berenang tanpa lemas, menelan tanpa tercekik dan menggenggam tanpa tiris sedikit pun. Namun, kepasrahan amat menyakitkan. Hati yang terluka semakin parah. Jiwa yang kacau semakin berdarah. Suara tidak lagi mahu mendendangkan alunannya... Insan biasa yang dulunya gagah kini semakin lemah dan menunggu masa untuk rebah...
Impian yang pernah dicipta mampukah menjadi realiti yang abadi... Duka lara yang terpendam sudah mampat lagi tepu dan semakin sukar untuk dihakis. Aku mendambakan insan yang mampu memberikan udara untuk bernafas dan melemparkan setitis air agar aku berjaya melenyapkan kemarau di gurun paling panas. Membisikkan kata indah agar cahaya kembali bersinar dan menghembuskan kegagahan agar bisa aku memijak kelemahan ini dengan penuh keyakinan dan kekuatan. Aku terus memuja dan terlanjur merindu saat2 manis yang aku sendiri xpasti mampukah aku menghidupkannya kembali...Aku pinta, dengarkan aku !
Mendakap sekeping hati sememangnya mengasyikkan...Tapi kelihatan dakapan itu semakin longgar dibawa perasaan... Sungguh, kini lidahku sudah arif belajar menyembunyikan kesedihan sehingga hatiku dibuai kegelapan dalam cahaya bulan. Hati semakin mati. Aku bukan lagi aku yang dulu, hanya untuk membiarkan insan lain menjadi dirinya sendiri... Aku rindukan desiran tawanya dan kata kata semangatnya agar aku bangkit kembali. Terperangkap dalam kilauan permata yang dihasilkan sendiri membuatkan aku terasa seperti insan bodoh dan dangkal amat yang akalnya bermain dengan mimpi.
Kehilangan teman berbicara yang aku rasa hilang tiba2 menyaksikan aku semakin sukar menempuhi semuanya..Hujan di luar menambahkan kesejukan... Segeralah kembali wahai teman agar dapat aku berpaut pada dahanmu, agar bisa aku nyanyikan tangisanku dan mampu aku menyaksikan keindahan bersamamu... Bukan niatku mahu terlalu bergantung padamu tetapi aku perlukan seorang yang boleh fahami aku ketika ini. Kesunyian dalam kesepian menambahkan beban perasaan. Kehidupan dan memori lalu semakin galak bermain di mata dan kiri kanan minda. Arh!
Tolonglah aku dari kesakitan ini. Selamatkan aku sebelum aku hancur. Kadangkala aku rasakan aku diperlukan hanya ketika saat2 getir dan memberikan senyuman untuk membangkitkan perasaan. Kini aku semakin rapuh, rapuh dan rapuh! Aku semakin gentar... Mencabarnya hidup dan aku semakin tercabar. Tidak banyak yang dipinta, sekadar menjadi pendengar setia dan merangsang ketawa... Menitipkan kata2 indah tanpa gundah... Membunuh frasa2 yang mencalarkan jiwa... Menghargai kewujudan aku andai masih terasa perlu... Semakin sakit, sakit, dan sakit.....Menyemai kesabaran dan melepaskan keegoaan. Menjadi putera dan bukannya raja...
20th Nov 2010