Aku Bukan Untukmu

Maafkan aku kerana sering mengungkit kemudian sakit hati sendiri WALAUPUN
kau tak pernah mengungkit apa-apa tentang aku.
MAAFKAN AKU..
Maafkan aku kerana sering berpikiran bukan-bukan WALAUPUN aku tahu yang ia bakal merosakkan hubungan kita.
Tapi seolah-olah sifat ini seakan sudah sebati dalam diri tetapi kaulah yang selalu meNEUTRALKAN kembali perkara tersebut. Terima Kasih.
Maafkan aku kerana pernah cemburu tentang kaw dan teman perempuan mu. Walaupun aku sendiri tahu yang kalian hanya berkawan baik tetapi aku tetap mahu pertikaikan juga. Maafkan aku.
Maafkan aku kerana sering memberontak apabila sedang marah dan tidak mahu dengar apa yang kaw ingin katakan. 
Berulang kali aku pesan jangan tinggalkan aku DAN berulang kali juga aku pinta agar kaw tinggalkan diri ini dikala aku benar-benar marah dan kaw seakan berusaha menenangkan diri aku. 
Kaw terlalu baik untuk aku. Maafkan aku sekali lagi.
Maafkan kerana telah menyusahkan diri kaw semata-mata memenuhi keinginan dan kehendak aku.
Aku sedar betapa kaw sayangkan aku..TAPI....................... (-no words-)




Aku mohon maaf kerana tidak mampu menjadi seperti apa yang kaw mahu tapi aku tidak pernah dengar kaw pertikaikan malah kaw menerima diri aku apa adanya. Baiknya kaw dan lihatlah betapa JAHAT nya aku.
Maafkan aku diatas segala-galanya. 
Aku seperti manusia tidak pandai bersyukur kerana terlalu banyak permintaan dan memeningkan kaw. Maafkan aku lagi.
Aku tertanya-tanya mengapa kau pilih aku???
Aku yang sentiasa menyakiti kaw dan terus-terusan sakiti hati kaw.
Aku seakan tidak mahu mengerti yang katanya aku lah wanita pertama yang hadir dalam hidupnya. 
Katanya lagi jikalau tanpa aku pasti hidupnya tidak berseri. 
Tapi terus-terusan aku mahu mencungkil lagi.. Haih.
Kaw selalu cakap, lupakanlah dengan apa yang dah terjadi dan kembali kita buka buku yang baru. 
Lihat, betapa baiknya diri kaw tetapi aku terus-terusan prejudis terhadap diri kaw. 
Apa kaw mahu hidup dengan perempuan seperti aku. 
Lihatlah, buka mata sekarang. Aku tidak pernah layak untuk kaw.
Terima kasih diatas segala-galanya. 
Kau rupanya nadi dan nafas dalam diri aku selama ini. 
Aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk aku membalas segala kebaikan kaw atas diri aku. 
Percayalah, jika kaw masih bersamaku pasti kaw akan disakiti lagi. 
Sekarang, pergilah.. Cari kehidupan barumu. Lupakan aku.
Aku hanyalah perempuan yang degil, keras kepala, suka memberontak, sensitif dan segalanya yang buruk itulah aku. 
Terima kasih kerana penat bersabar dengan aku walau aku tahu kaw masih cuba menyelamatkan hubungan kita. 
Sehingga baru aku sedar, betapa aku perlu bersyukur kerana dipertemukan dengan kaw. 
Betapa aku beruntung dan bertuah kerna pernah memiliki diri kaw,menerima cinta dari kaw dan pernah berada didalam hati kaw. 
Maafkan diatas segala apa yang teah terjadi. Kaw berhak jumpa cinta yang benar-benar membahagiakan kaw. 
Maafkan aku kerana sentiasa membuat kaw menangis setelah mengenali aku. Maafkan aku andai segala perilaku kaw terbatas setelah hadirnya aku dalam hidupmu. 
Maafkan aku dan terus lupakanlah aku dan lupakanlah segala harapan kita. 
Aku tau kaw mampu. Salam.


T______________________T   *crying



7th Nov 2010

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Yang Komen:

Fruity Cherry Heart

♥S.O.U.L♥