Kisah Si Ramli


Ini kisah Si Ramli oke ! 
Ramli bukan nama sebenar. 
Mempunyai perwatakan yang baik 
dan sopan santun. 
Stok-stok pujaan mak mertua gituuu. 
Ramah dan mesra. 
Jadi sekali beliau berbicara, 
semua akan tunduk padanya. 
Tetapi aku tak berapa gemar dengan beliau 
kerana beliau sering 
meninggalkan mulutnya 
di merata-rata tempat. 
Tak kisah lar dalam bilik, 
kelas, 
makmal, 
lif, 
pusat membeli-belah 
atau di pondok jaga. 
Dalam jamban pon jadi 
nak buat cerita kedai kopi. 
Bersepah. 
Sebelum mula bercerita, 
beliau akan menjemput 
seramai yang boleh 
untuk memenuhi saf. 
Mengumpat berjemaah lebih bagus katanya.
Begok sungguh !

Kenapa aku kurang gemar 
dengan beliau? 
Kerana aku tahu 
Ramli mempunyai 
hati yang kelat 
lebih kelat dari peria. 
Sehingga sanggup 
sebar 
cerita keburukan Kasim 
kepada semua penduduk 
Kampong Pisang. 
Bukan Kasim saja, 
Ahmad dan Budin juga 
menjadi mangsa mulut parit beliau. 
Tak cukup lagi, 
pergi menjaja ke 
kampong-kampong jiran pula. 
Kampong Durian, 
Kampong Cempedak 
dan 
Kampong Manggis.

Lama kelamaan 
satu negeri heboh 
tentang cerita aib mereka. 
Ditokok tambah 
dengan pelbagai perisa. 
Biasalah. 
Ramli memang pandai memasak. 
Setakat nak tambah garam, 
gula, 
serbuk Maggie, 
asam jawa, 
pati ikan bilis, 
ajinomoto, 
kicap, 
sos tiram 
dalam bicara sebagai penyedap cerita. 
Ramli memang cekap.

Seluruh pelusuk dunia 
terpedaya dengan kata-kata Ramli. 
Beliau sengaja mahu menjatuhkan 
Kasim, 
Ahmad, 
dan 
Budin. 
Tujuan Ramli 
berkelakuan seperti celaka ini 
adalah kerana 
beliau dengki 
dan mahu 
merampas gelaran 
Peladang-terhangat-Kampong-Pisang-2010 
daripada Kasim. 
Ahmad pula menjadi mangsanya 
kerana 
Ahmad berkahwin dengan 
anak dara ketua kampong 
merangkap bekas makwenya 
yang seksi dan cun. 
Dan Budin dicaci-maki oleh Ramli 
kerana anak Budin dapat 
no1 dalam peperiksaan 
akhir tahun dan anak Ramli dapat no2.

Terbukti. 
Semua ini terjadi adalah 
atas dasar hasad dan dengki Ramli 
ke atas mereka. 
Ramli memang mulut perigi, 
membatu api. 
Masa kecik-kecik dulu 
pergi mengaji 
rumah ustaz Shukri sama-sama. 
Naik basikal 
pergi sekolah agama rakyat 
sama-sama. 
Bila dah besar 
dah tua bangka, 
jadi setan pula.
 Kawan sendiri bikin musuh.
 Bila bercakap nak seperti 
orang alim saja. 
Hukum itu. 
Hukum ini. 
Tapi dalam serban ada tanduk. 
Astaghfirullahhal'azim.

Aku perasan. 
Sekarang, 
semua pandang sinis kepada 
Kasim, 
Ahmad, 
dan 
Budin. 
Semua ini 
gara-gara 
kerja busuk Ramli. 
Kesian mereka. 
Nak makan 
ais kacang 
gerai Pak Mail 
pun tak senang. 
Ada saja 
orang 
yang 
pandang semacam. 
Tetapi aku tak kan percaya 
dengan kata-kata 
busut si Ramli tu. 
Mulut puaka. 
Orang bodoh saja yang percaya.

p/s: Jaga-jaga Cik Salmah oiiii !!


~Pen off.




12th Nov 2010
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Yang Komen:

Fruity Cherry Heart

♥S.O.U.L♥