Tak Boleh Bla

Lalai. Alpa. Leka. Sibuk melayan mainan jiwa hinggakan tertangguh-tangguh kerja yang sepatutnya harus disiapkan segera. Apa lagi yang boleh aku katakan. Hanya tinggal beberapa hari lagi aku menjalani Latihan Industri di Bahagian Sumber Manusia, Jakim ini tetapi amat mendukacitakan apabila aku sedar sendiri yang report aku langsung diabaikan begitu sahaja, langsung tak bertanggungjawab kan? Kenapalah ada nya virus 'M' dalam diri ini? Andai  ada dijual penawar untuk penyakit ini, pasti akan ku borong sehingga sembuh wabak yang ada dalam diri nih yang dibiarkan sekian lama. Haih. Hendak 1000 daya sebenarnya, kalau dah malas beginilah .. Bermacam alasan akan aku ciptakan. Rakan-rakan seperjuangan tidak jemu-jemu mengingatkan aku perihal report yang perlu aku siapkan segera. Terima kasih, kalian memang baik hati . Pokok pangkal adalah pada diri. Ya, segalanya akan berjalan lancar apabila segenap tubuhku membantu untuk aku segera menyiapkan report tuh kan? Aku cuba yang terbaik, doakan aku. Doakan aku agar lekas sembuh daripada wabak 'M' ini oke?? ;))








*tak boleh bla .. 






8th Nov 2010

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Yang Komen:

Fruity Cherry Heart

♥S.O.U.L♥