Cermin Diri


Aku lemparkan pandangan ke luar tingkap. Jauh sekali kala malam ini. Aku bilang dalam hati akan jejak-jejak yang tertinggal di belakang dulu. Cepat-cepat aku tanya pada diri, dimanakah letaknya diriku ini di luar sana? Masih adakah yang mengenali atau mengingati tika tanpa sedar bahu berselisih di mana-mana?

Pernah satu ketika, bicara fikir yang benar-benar menguasai diri. Manakah bahu yang dapat disandarkan duka ini kalau mereka yang disayangi harus menyahut perjanjian yang telah ditentukan? Namun, segala perjalanan hidup ini sudah, telah dan akan diatur sempurna oleh-Nya. Benar, aku belum bersedia menghadapi suratan-Nya yang terlalu besar dengan kehilangan mereka yang aku sayangi. Apatah lagi kedua mereka yang telah banyak menabur budi dan jasa sepanjang hayat di remajaku tika ini.

Ketahuilah, saat tinta ini aku lakar sedaya upaya aku tahan titis air hangat yang cuba untuk bergenang. Aku tak benarkan tumpah. Tidak. Bukan egois. Cuma tidak mahu emosiku menjemput kesedihan yang cuba datang menari-nari rancak tika dan saat ini.
Aku mahu belajar untuk terus tabah. Tidak kira walau dalam keadaan apa sekalipun. Kuatkah aku? Semoga ketabahan diri tidak pernah berkurang kerana sesungguhnya hanya Dia Yang Maha Mengetahui perjalanan terbaik untuk hamba-Nya.






4th Dec 2010
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Yang Komen:

Fruity Cherry Heart

♥S.O.U.L♥