Aku lemparkan pandangan ke luar tingkap. Jauh sekali kala malam ini. Aku bilang dalam hati akan jejak-jejak yang tertinggal di belakang dulu. Cepat-cepat aku tanya pada diri, dimanakah letaknya diriku ini di luar sana? Masih adakah yang mengenali atau mengingati tika tanpa sedar bahu berselisih di mana-mana?
Ketahuilah, saat tinta ini aku lakar sedaya upaya aku tahan titis air hangat yang cuba untuk bergenang. Aku tak benarkan tumpah. Tidak. Bukan egois. Cuma tidak mahu emosiku menjemput kesedihan yang cuba datang menari-nari rancak tika dan saat ini.
Aku mahu belajar untuk terus tabah. Tidak kira walau dalam keadaan apa sekalipun. Kuatkah aku? Semoga ketabahan diri tidak pernah berkurang kerana sesungguhnya hanya Dia Yang Maha Mengetahui perjalanan terbaik untuk hamba-Nya.
4th Dec 2010

0 Yang Komen:
Post a Comment