Pergilah, Terbanglah 2010


Assalamualaikum. Salam Jumaat. ;)

What more can I say? 2010 penuh pancaroba!! Pahit manis. Menangis, ketawa, mencarut, juga puji-memuji dan keji-mengeji.

Masalah yang tak pernah habis. Dan jugak keseronokan yang berganda-ganda. Semuanya wujud dalam 2010. Takpe, baru 2010, belom 2012! Hahahahaaha. (Astaghfirullahhal'azim Cik Yana)

Ape yang pasti pengalaman mengajar manusia. Kesalahan adalah kayu pengukur kepada penambahbaikan yang bakal dilakukan. Am I right? Please say YES, nanti aku belanja gula-gula push pop yang pemes time aku kecik2 comel dulu. ;)


Masalah 
kewangan 2010 memang sangat mencabar. Aku ingat lagi bila line telefon aku yang memang sejak radzali azali MAXIS yang aku topup berkali-kali tiba-tiba bertukar ke line CELCOM dan bertukar ke eksekamennnn bil yang bulan2 kena bayar tuh. Memang macam B***! Jahat betul lah orang-orang celcom yang dah berjaya buat aku terpedaya time dorang jaja-menjaja kat KTM Seremban hari tuh. Sakit hati la jugak. Tapi takpe, ini menunjukkan staff celcom amat berdedikasi dan berwibawa dalam kerjaya mereka. Tidak begitu tuan2 dan puan2? Tahniah celcom! (haktuih) Dan tahniah Yana! Sebab dah berjaya lunaskan segala hutang dengan musuh ketat kau iaitu celcom. Well done! 
(Tak sedar diri yang menjadi punca utama post ini dipublish adalah sebab celcom berukband jugak kan) Hahahahaaaaa.

Masalah dalam
 family 2010 jugak boleh tahan. Kecik hati sana, kecik hati sini. Kecik2 hati pon, duit mak ayah aku berjaya abeskan dengan jayanya juga. Uhh! Itu pon dah dikira salah satu kejayaan yang aku tempa sepanjang 2010! 
DAN ketika mana dan bila 2010 melebarkan sayap dan empayarnya, aku sendiri tak terlepas mempunyai masalah with my own sibling. Macam orang lain jugak lah kan. Btw, masalah berkaitan family, P&C. Tak boleh cerita kat sini.


Study pulak. Alhamdulillah, berkat usaha last minute, doa, pertolongan kawan2 dan pastinya lecturer2, result pon berada dalam keadaan baik. 
Thank God. ;)

Yang lain2, 
kawan rakan taulan kenalan. Macam biasa lah. Ada jer yang tak puas hati ngan aku dan ada je yang aku tak puas hati. Seronok jugak kutuk mengutuk. Yang paling best bila cakap pasal orang lain, orang lain pulak terasa. Entah ape penyakit manusia nih aku pon tak tau. Malas nak cakap bebanyak. Suka hati kau lah~

Selain tu, 2010 memberi banyak pengajaran dalam mengenal manusia. Huh~ 
One thing for sure, setelah macam2 yang aku lalui, kena dump jugak mengedump, at last I found my happiness. Sukaaaa bila hajat nak jumpa kekasih asyik terlaksana! Yeaay ! I LOVE YOU Muhammad Syaiful Azmi♥♥♥ 
(Masa I tengah taip entry kali nih I berada dalam keadaan yang tengah touching dengan u okay. Oke dah, merajuk semula. Hmmph!)


Aihh, dan bagi aku sangat sukar melupakan kenangan yang lalu. Ya, mana mungkin dilupakan masa lalu, lagi2 alunannya yang sangat mengasyikkan. 

Apepon, kehidupan adalah lautan yang perlu direnangi bukan? Kala terpesona dengan keindahannya, tanpa sedar kita lemas. Ya, harus juga menyelamatkan diri sendiri. Ingat tuh. Usah terlaku leka, sedarlah segera! Juga dengar nih, terjatuh dan dijatuhkan adalah dua perkara berbeza. Membantu dan dibantu. Ditinggalkan dan meninggalkan itu berlainan. Tenggelam dan timbul. Hilang dan mencari. Hidup??? Ya, ia pelbagai dan penuh segala variasi. Aku terima. Seadanya, dengan hati terbuka. 

Sometimes we need just to go with, whatever happen, happens.... Ok? Senyum sikit sayangg oi ;)

Lastly, suka aku nak bagitau kat sini BAHAWASANYA aku akan balas je ape orang bagi. Macam balas hidangan jiran sebelah rumah or depan rumah. Tapi dorang nak ke kasik apa yang dorang masak kat aku? Ceiit! Macam nih, what you give you get back katanya. Aku bagi lah. Orang layan aku baik, baik lah aku balas. Kalau layan aku macam sampah, lori sampah nuh aku bagi. Kalau orang tak layan aku, aku pon dah malas la nak terhegeh2 mintak dilayan. Dah orang tak peduli, aku pon malas nak hamek peduli. Serius sekarang dalam hati aku nih rasa nak lempang orang. Ada sape2 volunteer? 

Tak tau lah pasai pa aku jadik camni. Period tak.  Tengok lah hari ni bape hari bulan pulak kan. Tapi aku takkan marah kalau takde orang buat aku marah. Takkan merajuk kalau orang tak buat aku merajuk. Takkan tersentap kalau takde orang yang sajer menggedik buat jiwa aku tersentap bagai. Dan takkan ape2 jelah senah oiiii.

Kalau boleh nak merepek membebel panjang2 lagi. Tapi macam biasa la yang pernah aku bagitau sebelum nih, nafsu mencarut lebih bergelora sekarang. Iskk!!!! Azam baru, tanak mencarut ! Mampu? Hahahahaaaaa .



notaKUuntukMU : Laksanakan azam baru kalian. Moga tercapai apa yang dihajati dan dikehendaki disamping tidak lupa berusaha dan berdoa bagi mencapai segala AZAM yang telah diazamkan! Good Luck and Cheer up ! ;DD Dunia milik bersama.


Cik Yana cakap dalam hati macam nih : 
" Iskkk, 2010 lah zaman  aku merangkak ke arah keRABUNan. Takmooo pakai speck paham ".



31st Dec 2010
           



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Yang Komen:

Fruity Cherry Heart

♥S.O.U.L♥