Batu Pahat bukan adik beradik dengan Batu Caves

Alhamdulillah for once again. Kitorang berjaya pergi dan pulang dengan selamat melawat Daus kat Hospital Batu Pahat, Johor. Terima kasih tak terhingga buat pihak pengurusan poli yang sudi meluluskan permohonan bas untuk kitorang 1 class lawat Daus tadi. Serious masing2 sangat excited mahu ketemuk dengan class rep tersayang kami dan dirindui setiap hari itu puuunnnnn.. ;)


Sampai2 je kat katil Daus, dia terharu tengok kitorang datang ramai2. Dia nangis. Hah, apa lagi aku pon mana lah boleh nak menahan air mata nih lagik. Bercucuran jatuh jugak. Sebak bila tengok keadaan dia yang macam tuh. Dua2 tangan dan dua2 kaki dah disimen. Isnin akan datang nih pulak Daus kena operate untuk masukkan besi.


Apepon, lega sebab dapat tunaikan permintaan dia. Daripada awal2 semester dia dok menyebut teringin nak rasa kek secret recipe. Nasib baik lah eyka ajak keluar semalam, so amik kesempatan tuh mintak eyka hantarkan kat kedai kek sekali. Daus suka, dia cakap sedap pastuh katanya nanti nak lagi. Kikiki ;) Hah, tadi sempat lagi dia tegur, "Eh yana, baju baru". (Dalam hati aku, baju nih dah pernah pakai la tapi tak selalu) Aku senyum aje. Kalau nak tahu, itulah antara habit dia. Pantang nampak orang pakai baju baru, mesti dia akan tegur. Urggh, sangat rindu. Lepas nih kalau classmate aku pakai barang baru alamatnya takde siapa lah yang akan tegur dah. Lagi satu, tadi Daus ada cakap, "Ada nurse kata muka aku macam pelakon". Haha. Aku terus tergelak teringatkan yang akak aku pernah cakap muka dia ada iras2 macam pelakon Rashdan Baba. Hah, betul kan cakap akak aku Daus? Memang nurse tuh maksudkan Rashdan baba la tuh.. ;)) Memang puunnnnnnn.


Bila fikir2kan balik dan tengok keadaan dia yang macam tuh, aku sedar betapa perlunya kita menghargai dan menjaga segala kurniaan dan nikmat yang kita miliki. Hargai dan jaga kurniaan Tuhan dengan sebaiknya sebab bila dah ditarik walau salah satu nikmat, hilang lah sedikit kemanisan atau keceriaan dalam kehidupan. Untuk Daus, aku harap kaw akan terus kuatkan semangat macam yang sebelum2 nih. Selalu aku doakan kaw supaya lekas sembuh. Kitorang satu kelas sayang dan rinduuu kaw sangat2. Ingat, Allah tidak akan menguji diluar kemampuan hambanya. Selagi berdoa, Allah pasti akan membantu. InsyaAllah. Love you dude .




Tengok gamba yukk !
Beberapa gamba yang sempat aku rembat dari mye.
Hehehe .
(pelisss jangan marah)
;)



Daus tetap kiuuttt ;)
**gamba aku nampak separuh je puunnnnn**

In a good times, In a bad times,
BESTFRIEND won't leave by your side, Daus.. .
;)
**femess gilaa kaw semalam org dok bergamba dengan kaw je .

Hah, baru lah nampak aku sikit .
Gonna missiyouuu Daus.
Cepat sembuh tau!
;)





21st Jan 2011
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 Yang Komen:

mye said...[Reply to comment]

sweet memory going to jb..
huhu..

Anirza~~ said...[Reply to comment]

tak tau kenapa tibe2 mate ni berais pulak bile bace entry yana kali ni..huhu
ina x sampai hati nk tgk keadaan daus..tu yg ina dok jauh2 je smlm..

Fruity Cherry Heart

♥S.O.U.L♥