Ice Blended Diminati Ramai ♥

Hohaaaaaaaa . Hari nih first day meniaga Ice Blended kat poli. Bukan aku sorang2 la. Bersama dengan rakan2 perniagaan aku. Cewwah ! Siapa lagik kalau bukan si Ica, Meera, dan Daus. Kejadahnya aku nak meniaga seorang diri kan. Haha. Best la jugak meniaga. Sampai rasa nak tercabut tangan. Hah, maksudnya apa? ;) Hah. LARISSSSSSSSS laaa bangg. ;) Yeaay, suka ! Kitorang meniaga start daripada pukul 2pm hingga 4.30pm. Sales hari nih dah mencecah RM102.** Hebat tak? Hebat tak? ;) Kira oke la, dalam beberapa jam dah boleh dapat seratus kan. Well, aku memang minat meniaga. Ramai tak percaya, tapi itulah yang nyata. Ye, Cik Yana memang suka berniaga. Kalau suruh aku meniaga kuih dan nasi lemak rumah ke rumah pon aku nak. Aku on je. Tapi kena ada teman laa. Serious nih tau aku tak tipu ! Hahaha .. ;)



So, apa lagik.. Sape yang dah terbaca post nih ringan2 kan lah segenap tubuh korang untuk datang ke gerai kitorang. Oh ya, waktu perniagaan kami beroperasi hanyalah pada hari Selasa daripada pukul 2 petang sehingga terbit fajar  4.30 petang. Tapak jualan adalah di Dataran Pelajar, Politeknik Port Dickson ye! Penghantaran delivery tidak disediakan oke. ;) Hah, kalau korang pergi selain hari Selasa dan selain daripada masa yang telah dimaklumkan makanya, korang akan mengKAYAkan diorang yang meniaga pada time tuh la. Hehe. So, cara nak mengKAYAkan aku dan kawan2 aku adalah dengan datang beli time kitorang meniaga sahaja. Oke syg2 sekalian? Wuawawawa.. ;)


Malam nih nak mimpi jadik Jutawan Ice Blended!!
;)
Papaii u olll ~


With Love ,
Norliyana Radzali
;)
 






11th Jan 2011

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Yang Komen:

Fruity Cherry Heart

♥S.O.U.L♥