New Delhi Jom?

Salam Jumaat, kalian.

Ohh, what a day ! Today is super duper tired day oke. Terkejar-kejar. Bukan main kejar-kejar oke. Urggh, Edit assignment laa, print nya bagai. Turun naik, turun naik tangga kat poli tuh haaa. Tangga kalau sepesen je ketinggian tuh takpe. Nih kejap tinggi, kejap rendah. Adoii, bangunan JPA tuh pulak tinggi tak hengat. Berapa banyak tangga pulak kau nak letak. Boleh tak buat tangga escalator je? (Betul ke aku eja?) Lagik satu, yang tak boleh bla gilaa, hantar assignment Doc Pro melalui bawah pintu. Style kan? Bukan aku sorang, classmate aku pon ada jugakk lakukan aksi sedemikian rupa. ;)

Alkisahnya, malam semalam sempat tido 45 minit je. Pukul 5 tido, 5.45 dah bangun semula. Hebat gila penangan si itenerary tuh. Hal ini terjadi bukanlah disebabkan aku yang suka menangguh-nangguhkan kerja or sengaja menggedik nak buat kerja last minute bangg. TAPI lect Doc Pro aku yang sengaja mendera kami dengan memasukkan soalan tugasan lambat2 ke dalam CIDOS. Perlu tak aku buat aduan dengan menelefon talian bebas tol TELEDERA tu? Heh,bayangkan ye, jam 19 :00 waktu Malaysia baru lah En. ***** masukkan soalan dalam sistem then mintak submit hari nih before kaum Adam menunaikan solat Jumaat. 

Oke lah, aku terima kata-kata daripada Ica yang katanya, 
" Encik nak kita bersusah-susah dulu, dan joget guling2 kemudian hari ".  
Betul tak kau cakap macam nih ica? Please aaaaaa cakap, 'Ye, Yana'.. 
Hikksss ! ;) 

Jom gossip Cik Salmah! Korang nak tau? Penat aku jelajah New Delhi semalam oke. Jarak perjalanan, empat jam je aku dalam flight tuh dari KLIA ke lapangan terbang New Delhi. Dan untuk makluman korang waktu negara kita adalah lebih awal dua jam setengah dari negara mereka yakni negara India. Oke, kat sana aku puas laa pergi shopping, main golf la. Layan nasi beriani sampai 2 restoran. Karoeke lagikk. Uhh, best tak terkata. Tapi takdela sampai bisu. Itula yang buat aku sampai tak tido2.. Betul laa weh aku pegi New Delhi secara berjemaah semalam. Dengan sapa? Dengan classmate aku la. Tambang airasia bapak laaa mahal tak hengat. Tapi takpe, New Delhi punya pasal kan. 

Oke aku tipu je. Kejadahnya nak pegi sana. Bab tak mampu tuh dah satu hal, bab kedua nya apa lah yang taksub sangat nak pegi sana. Malaysia lagikk best. Melimpah-ruah dengan makanan. Yeahh, aku suka. ;) 
(Sebab makanan je?) 
Actually, aku buat jadual perjalanan majikan yang nak bermesyuarat ke India selama beberapa hari. Nama majikan aku tuh, En. Manan. Konon2 dan bajet dah jadik secretary bos la nih. Puuiihh.. Yang bos aku nih menggelabah sangat apesal. Kat Malaysia nih dah kekurangan bilik mesyuarat ke? Lepas tuh boleh tahan pulak dia punya demand. Nak main golf lepas habis mesyuarat tapi nak main golf kat padang yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan lubang sahaja. Ambooii, kemain kau ek Manan. Lepuk nak?

Sedang aku leka dan khusyuk buat kerja tu, tetiba fikiran menerawang ke kotak yang lain pula. Hah, ada kuiz esok . Demmm! Account lak tuu. Tak baca pape lagikk. Mood kala itu, benar2 pasrah. =.=" Sigh~

Sebagai balasan diatas apa yang dah berlaku malam tadi, aku decide untuk qada' tidur. Yeah, harusslah. Banyak sangat dah tidur terakru kan. Sayang cakap, mesti aku tido mati petang tadi. Ishh, nak kena lepuk nih . ;)

Makk aiihh, panjang pulokk entry kali nih. Oleh itu, sekian sahaja warkah aku buat kalian. Sekarang tiba masa untuk aku melabuhkan tirai. Baibai ;DD

Assalamualaikum..





7th Jan 2011






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Yang Komen:

Fruity Cherry Heart

♥S.O.U.L♥