Takdir Hari Ini

Bila kemahuan dah dituruti hati melonjak keriangan. Rasa nak terjun bangunan. Errrr maaf bukan!  Maksud aku rasa nak melonjak-lonjak keriangan mencapai tahap tingginya sesebuah bangunan. Heeee. Tapi bila hajat tak kesampaian ataupun hampir tercapai tetapi punah begitu sahaja di pengakhirannya, jangan lah pula dikesal, duka lara, berdukacita hatta menyimpan seribu kesegulan dalam hati. Mungkin terkandung sedetik hikmah disebalik kegagalan atau ketidaksampaian hajat mahupun keinginan tersebut. Okehh?


Cerita aku pula, sedang aku leka, alpa dan asyik dengan setiap nada2 alunan keindahan sebentar tadi iaitu dengan apa yang aku berjaya miliki, walau aku tau ia hanyalah sementara dan duniawi semata, namun siapa sangka sebentar sahaja aku dapat menikmatinya dan selang beberapa minit kemudian ia diragut oleh ketentuan takdir. Ya, qada' dan qadar, nama lain baginya. Sedihhhhhhhh.

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

p/s : Uwaaaaa Limau Ais yang aku beli kat cafe tadi terjatuh uollsss! Minom air masak jela. Elak kencing manis! Ohh sungguh begitu takdir untuk aku hari nihh. Mari bersimpati ramai-ramai.



27th March 2011
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Yang Komen:

Fruity Cherry Heart

♥S.O.U.L♥