C.E.R.I.T.A

Salam.


Hoaaaaa penat nak cerita . Tapi I cuba gagahkan diri yer . Pada mereka yang tak tahu I dah start semester baru ok. Sem 4 . Senior lar tuh?? Hahahaaa . I duduk kamsis yer sem 4 nih. Harap boleh cepat2 sesuaikan diri dengan keadaan. 
(bajet macam tak pernah duduk asrama) Cara I nak motivate diri sendiri bila rasa macam rindu2 jer kat rumah adalah dengan cepat2 ingatkan pada diri yang nih sem akhir. Tak perlu nak semak2 otak fikirkan benda ngengada camnihh . Kamoonnn Cik Yana ! ;DD 


Mahu dengar FAKTA?  ....."kalau kita dah berada dalam sesuatu keadaan tu selama lebih daripada 40 hari, maka selepas daripada masa 40 hari tersebut, kita akan terbiasa dah dengan keadaan tersebut..........." 
U ollss penah dengar? ;DD I dah pernah dengar, so maybe ada benarnya . 
Sama-sama kita lihat hasilnya nanti. Hahahaaaaaaa .


Sebenarnya, masa pendaftaran kamsis hari tu I tak banyak bawak barang. Baju I pon cukup2 untuk minggu itu je. Sebab apa? I malas nak kemas dan sebabnya I kan balik minggu ni, so nanti I kemas lagi lah dah balik rumah bila nak balik semula ke PD nanti kan . Heeeeee .. ;DD


Hah, cerita pasal blok asrama I pulak. I dapat blok depan sem nih . 
Blok L dan aras 2. Sukaaaaa. ;) Tak jauh nak pergi class tau . Alhamdulillah lah kan.. Takdela penat nak menapak jauh2 macam masa sem 1 dulu. Urhh, tak sanggup yer. Cerita pasal roomate pulak. Oke, roomate I junior. Baru sem 2 . Baik budaknya . Comel pulak tu. Dia macam malu2 lagi agaknya. So, I lah sentiasa kena jadi peramah yer . ;DD Takpe, I kan dah memang suka bercakap, tara hal laaaaaaa .. Cewwaahh !


Almaklumlah, dah lama tak jumpa kawan-kawan kan? Makanya, pelbagai cerita gembira, sedih yang I dengar. Yang gembira, I tumpang gembira. Yang sedih tu don't worry. Ini dugaan. Nama pon hidup. U jangan biarkan kesedihan u tuh mengaburi kebahagiaan dan keistimewaan yang u miliki sekarang tau. ;)


Seronok sangat bila ada yang mendengar, beri pendapat secara gangster gilaaa, fikirkan yang terbaik and so on. Terima kasih sangat-sangat yer. Sangat-sangat I hargai semuanya.


Tiba-tiba I terfikir macam mana kalau hidup takde kawan? Oh, pasti bosan kan. Macam mana kalau takde siapa yang sudi nak dengar luahan hati kita? Pasti hati meronta gilaaa kan sebab segalanya terbuku jer dalam palotak dan hati. Kita perlukan kawan. Sangat perlu. Bukan untuk tujuan kepentingan peribadi semata-mata. Tapi teman dikala sedih dan gembira. Betul?


Masa tengah berkawan, jangan sesekali khianati rakan sendiri. Cubalah berbakti. Bukan menabur budi tetapi bukti betapa rakan itu kita hargai. Ada pulak yang I tengok sampai nak pilih2 kawan. Tak bagus yer. U best sangat ker nak memilih orang nak dijadikan kawan u. Lihat, dah nampak kan keperibadian orang yang macam nih camane?? Tapi tak kesahla, sukati u olls sebenarnya. Buat lah apa yang terbaik untuk diri yer.


Rasa rindu pulakk kat geng N.Y.W.E.L.A .. ;DD Hari tuh masa I dah habis pektikal tak jumpa mereka langsung. Takpela, janji mereka tahu, dalam hati masing2 yang kita tetap bersama walau terpisah jauh kan ? (jauh ke???) ;DD
Nanti kita jumpa la. Gelak golek-golek sama-sama . Dah lama tak bahan membahan antara satu sama lain. Hahahaaaaaaaa.. Jahat gila kan. I macam biase lah, mesti akan di panggil 'mok' olehh si model . Eleh, tak heran dan I tak kesah .. Gurauan-gurauan macam nih la yang merapatkan kitorang walaupun I rasa nak pergi London Weight Management time tuh jugak !! 


Oke lah, kesimpulannya I pon tak tahu nak simpul yer .. ;DD Dah lama rasanya I tak berkarya panjang-panjang like Keretapi Tanah Melayu (KTM) nih kan . Apepon, buat para readers, berkawan lah selama boleh. Sekali berkawan selamanya tetap kawan kan. Jauh panggang dari api la nak bermusuh-musuh nih. I tak suka laaaa baannngggg ! Oke, chow.. kit road








4th Nov 2010









Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Yang Komen:

Fruity Cherry Heart

♥S.O.U.L♥