Mencarut

Ya..kebelakangan ini aku seperti berenang-renang dalam lautan pencarutan. Tidaklah bermaknanya setiap patah kata yang lahir dari mulut aku ini berunsur pencarutan, tetapi sebaliknya. Ke mana saja aku pergi, Putrajaya, Port Dickson, poli, blok kamsis hatta kat cafe sekalipun, terngiang-ngiang istilah yang kurang enak didengar. Tabiat yang aku sendiri cuba buang, tetapi bagaikan diasak-asak oleh environment sekeliling ku.

Istilah-istilah seperti f**k, s**t, d**n, b**i, s**l, p****t, palat dan sewaktu dengannya, kala ini bagaikan permainan dengan anak kecil. Yang tak boleh dipisahkan. Istilah-istilah ini sering singgah di corong pendengaran aku dan arusnya terkeluar melalui ruang mulut aku. Bermula secara tidak sengaja dan sebelum ini menjadi kebiasaan dan kini aku berjaya membuangnya sedikit demi sedikit...


Namun demikian, salahkah sebenarnya mencarut? Pendapat aku ye, mencarut tu tidaklah bersalah. Ini sebabnya, kala kemarahan menyelubung, dan aku mencarut, terasa bagaikan suatu bebanan yang maha berat terlepas keluar dari dada aku.. Dan wujud kepuasan yang tidak terhingga di situ. Dan kemarahan akan lenyap sebaik sahaja berakhirnya istilah carut terakhir ku...


Bukan kah wujud kebaikan mencarut di situ? Mengapakah masayarakat sering melabelkan insan yang gemar mencarut itu sebagai kurang baik? Andainya mencarut mampu menghilangkan tekanan dan mengurangkan kemarahan, tidakkah boleh ia dilihat sebagai baik? Sama seperti segelintir manusia yang lain, kala marah dan tertekan, pergi nya ke karaoke, swimming, menjerit, dan sebagainya, mengapa xdilihat mencarut itu jua sama seperti aktiviti sedemikian??

Namun, harus ku akui, mencarut itu kurang manis apa tah lagi bagi seorang gadis... Yang harusnya mempamerkan tutur-tutur indah lagi lembut, yang sedap didengar sesejuk hati memandang raut wajahnya... Jadi, kepada gadis-gadis sekalian, yang suka babi-membabi especially, mari berusaha menjadi gadis baik yang tidak mencarut.


Kala marah, lebih baik dan indah di diamkan saja. Silence is golden. Simpan lah kemarahan... Atau luahkan dengan cara yang baik... Dan aku sedang merangkak ke destinasi itu... Ada juga aku dengar mencarut boleh menghakis keimanan seseorang. Ouuchh . Pray for me ! ;DD





Yang Berazam,
Norliyana Radzali
;)




5th Dec 2010
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Yang Komen:

Fruity Cherry Heart

♥S.O.U.L♥